Kampen tersebut telah dikelolakan oleh En. Pencari Qurratuaini.
Masalah pembuangan bayi ini merupakan salah satu masalah sosial paling utama dan antara yang paling memeningkan serta merunsingkan fikiran masyarakat hari ini. Di kebanyakan negara-negara maju dan negara-negara yang sedang membangun, masalah pembuangan bayi ini dilihat sebagai sesuatu yang serius.
Masakan tidak, bayi-bayi yang suci dari noda dan dosa dibiarkan di merata-rata, malah lebih teruk lagi ada bayi yang dibunuh kejam, mengambarkan penyakit sosial yang sangat kronik di dalam sesebuah negara itu.
PERSOALANNYA... BAGAIMANA KITA DAPAT MEMBANTU DALAM MEMBATERAS MASALAH PEMBUANGAN BAYI INI?
Pada pendapat saya, antara langkah yang dapat dilakukan adalah:
1. Salah satu perbuatan yang menyumbang kepada peningkatan statistik pembuangan bayi adalah keterlibatan seseorang itu di dalam arena porno. Apabila seseorang mula terjerumus ke alam porno, mereka akan berkeinginan untuk mencuba aksi-aksi hebat yang mereka lihat. Kesannya, berkemungkinan besar dari aksi-aksi hebat tersebut menyebabkan kehamilan.
Apabila ini berlaku, semestinya tanpa kerelaan, kemungkinan bagi seseorang itu membuang bayi teramatlah tinggi. Nak menutup
2. Walaupun mungkin tidak praktikal di negara Islam, masalah pembuangan bayi mungkin dapat diatasi dengan "meniru" usaha yang dilakukan negara German iaitu menyediakan "baby cradle" iaitu untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya.
3. Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat.
Antara lain yang boleh dilakukan adalah membenarkan anak-anak kahwin awal, pemakaian kondom dengan cara yang betul, menyediakan bantuan kaunseling secara profesional serta lain-lain lagi.
Akhir kata, kembali lah pada jalan yang lurus dengan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, Sesungguhnya, anak itu adalah suatu anugerah yang tidak ternilai harganyadan merupakan satu amanah dan fitnah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai ibu bapa. Wallahua'lam.
Seterusnya... Perbuatan mengetag rakan2 blogger sekalian... (Do visit their blogs as well... (:)
1 comment:
thank sbb join..kreatif..jgn lupa syaratnya ye.banner kat sidebar utk paparan kempen...thankss
Post a Comment