Sejak sekian lama, kebanyakan dari kita mempercayai bahawa Iskandar Zulqarnain adalah individu hebat dalam sejarah. Beliau lebih agung dengan gelaran Alexender The Great. Namun demikian, kedua-dua tokoh ini sebenarnya tidak tepat untuk digambarkan dengan gelaran Zulqarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Al-Quran.
Sebenarnya, buku nie dah lama. Mula diterbitkan pada tahun 2009 (sekarang da 2011...). Walaubagaimanapun, kerana baru berkesempatan menghabiskan buku ini, penulis nak juga berkongsi tentang keberadaan buku ini.
Ditulis oleh Afareez Abdul Razak Al-Hafiz berdasarkan kajian beliau ke tempat-tempat bersejejarah serata dunia, disertakan dengan cara penceritaan yang amat menarik menjadikan buku ini sanagt seronok untuk dibaca. Cerita-cerita berkaitan pengenalan kepada watak sebenar Zulqarnain dikembangkan dengan baik melalui kisah para nabi serta raja-raja agung yang lain.
Namun demikian, saya sependapat dengan review dari ULAS BUKU berkenaan buku ini. Bab yang menceritakan tentang siapa sebenarnya Zulqarnanin itu sendiri hanya dibahaskan secara singkat. Walaubagaimanapun, melalui perbincangan yang singkat ini, sudah cukup untuk pembaca merumuskan dan memahami bahawa Iskandar itu bukan Zulqarnanin.
Kepada mereka2 yang belum membaca buku ini, sila ringankan deria anda untuk membacanya. Banyak iktibar yang boleh kita perolehi bersama. Insya Allah.
The Author: Buku ini diberikan kepada saya oleh Penulis, Afareez Abdul Razak Al-Hafiz, selepas tamat kelas petang tadi. Hehehhe. Sebelum ini, dipinjam sahaja dari IIUM Library. Terima Kasih. :P
No comments:
Post a Comment