Thursday, February 10, 2011

Datuk Rogol Cucu



Setiap hari bila belek-belek surat khabar (walaupun baca online news je...) mesti ada berita rogol. Ouh... adakah rogol ini adalah trend terbaru masyarakat masa kini? Sperti kata orang putih yang bermaksud "Rogol adalah HITAM yang terbaru".





 



(Gambar tiada kaitan dengan cerita...)

Terbaru, seorang lelaki berusia 89 tahun telah dituduh melakukan aktiviti rogol keatas cucunya di sebuah kandang lembu (?) di Pasir Puteh, Kelantan. Aktiniti yang dikatakan dilakukan pada tahun 2010 itu mula dibicarakan di mahkamah baru-baru ini.

Dengan lagak cool, berkain pelikat dan berkopiah, lelaki tersebut mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan. Beliau meminta untuk tidak menggunakan khidmat peguam kerana yakin dapat membela dirinya sendiri dan lepas dari tuduhan tersebut. Sebenarnya, dia tiada duit untuk menampung kos guaman...

Bagaimanapun, hakim yang membicarakan kes tersebut dipetik sebagai berkata "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."

Sumber berita KOSMO! Online


Gambar-Gambar di bawah lagi laa tiada kaitan dengan berita... Heheheh..


No comments: