Saturday, February 12, 2011

Pilihan Raya Kampus (PRK) IIUM

Bahang Pilihan Raya Kampus (PRK) sudah mula dirasai di kampus-kampus Pusat Pengajian Malaysia di seluruh negara.Sebagai mahasiswa, PRK merupakan antara tarikh penting yang perlu ditandakan di dalam kalender akedemik mereka. Kan? Kan?

Membawa konsep yang sama seperti Pilihan Raya lainya, PRK merupakan satu wadah terbaik untuk mahasiswa sekalian menyatakan pendapat serta menyalurkan pandangan mereka berkaitan pelbagai isu samada semasa atau tidak semasa melaui calon-calaon yang telah dipilih.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah selamat menyaksikan fasa pertama dalam PRK tahun ini apabila borang penamaan calon mula dikeluarkan kepada individu-individu yang mahu bertanding. Borang telah dikeluarkan pada 8 dan 9 Februari 2011 yang lalu.

Proses seterusnya bagi PRK tahun ini adalah sesi penamaan calon yang akan diadakan pada 16 Februari 2011. Hari Pembuangan Undi pula dijadualkan pada 22 Februari 2011.

Kepada sekalian mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sekalian, sila jalankan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa. Walau di pihak mana anda sekalipun, kita bersatu atas satu nama dan semangat. Bersama kita berusaha kearah kebajikan mahasiswa yang lebih baik. Dari Mahasiwa kepada Mahasiswa.






No comments: