Berita ini adalah suatu bentuk rahmat kepda golongan mat rempit amatur yang mahu berjinak-jinak di dalam industri lumba haram. Tambah baik lagi jika mat rempit terbabit merupakan pelajar sekolah yang berkeinginan untuk mengepong awek-awek mereka mengelilingi kampung menikmati pemandangan permai desa.
Motosikal pelbagai jenama seperti Honda, Yamaha, Kawasaki dan Modenas boleh didapati dengan harga yang amat murah sekali.

Sumber dari KOSMO! Online
Tetapi, agak mengecewakan kerana acara ini telah dilakukan semalam. Nampaknya, terlepas sudah peluang anda untuk menikmati enaknya menaiki sebuah motosikal tanpa perlu pergi ke Kedai Motor Ah Lan dan mengeluarkan wang dari mesin ATM terdekat.
Namun demikian, perkara ini harus diberikan perhatian kerana mungkin dalam masa terdekat ini akan ada lagi acara lelongan motosikal murahan seperti ini. Jadi, kepada anda-anda yang berkeinginan untuk memiliki motosikal murah untuk kegunaan harian, ke pejabat, hantar anak sekolah, ke surau atau sekadar mahu berlagak dengan orang kampung serta jiran sebelah menyebelah... Sila peka terhadap perkembangan isu semasa.
No comments:
Post a Comment