Friday, February 25, 2011

Kisah Janda Muda Kematiaan Suami yang Dahaga

Nurul Idayu adalah seorang wanita cantik berusia 26 tahun yang tinggal di sebuah kampung di negeri Pahang. Mungkin sudah jodoh dia, Nurul Idayu telah dikahwinkan dengan seorang lelaki kaya berusia 74 tahun semasa usianya baru 22 tahun. Malah, agak malang bagi dia apabila dia tidak dapat menamatkan pengajiannya di peringkat universiti dalam bidang Nursing kerana perkahwinannya itu. Tapi tak pe lah, sebab suaminya, Dato' Majid itu orangnya sangat kaya dan walopun dalam usianya yang agak lanjut itu, dia masih power ... Heheheh ..

Namun, nasib Nurul Idayu bertukar malang apabila pada suatu hari, Dato' Majid terkena serangan sakit jantung yang sanat serius sehingga beliau terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan. Akibat serangan yang terlalu kuat itu, Dato' majid telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital yang berdekatan itu. Maka, mulai saat itu, jadilah Nurul Idayu itu seorang janda muda.

Sejak kematian suaminya, dia sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Ye lah... Nurul Idayu tue dah laa muda dan hot, Kaya pulak tue...

Namun begitu, Nurul Idayu tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya.

Walaupun, hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu.

Sehingga pada suatu hari....

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi, hujan lebat membasahi bumi dan dingin sekali. Beliau bangun dari katilnya, walaupun sejuk tetapi badannya terasa panas. 



Tekaknya terasa haus. Beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.

Sampai saja di dapur, beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk. Beliau tuang kedalam cawan dan meminumya.

Setelah meminum air tersebut, beliau kembali kedalam bilik dan menyambung tidur semula.

Sekian. Terima Kasih.

Itulah kisah seorang janda yang dahaga. 


:P

3 comments:

Unknown said...

erk???

Unknown said...

ist time aku baca..nama dato majid..bukan nama bapak aku..bapak aku dama abdul majid..hehehe

kubiey AkhmAL said...

Hahahha .. this seriously got nothing to do with anybody ..